Bila jemariku menari

Friday, 1 March 2013

dicungkilnyer mata...dikoreknyer lubang hidung...


hei…hei..hei..
Tengok hero-hero tu. Ketika berkunjung di Pesta Buku yang berlangsung
di TTC semalam. Nampak je Upin Ipin, terus je mereka meluru
 lalu dikerjakan Upin n Ipin..
Dicungkilnye mata… dikoreknya lubang hidung..ditumbuknyer perut kawan tu. …
Tapi… Upin Ipin tetap tegap berdiri.. Tercengang hero-hero tu…
Dengan selamba tinggalkan tempat tu…
 


hai, kawan-kawan,
camne nak betulkan gambar ni..
he he he.....

buai tu...dekat katil tu.......

Satu ketika dua hari yang lalu…
Akak masukkan baby Danish dalam buaian supaya lenanya tu memanjang.
Senanglah akak berBW .seronok berBW,tiba-tiba terdengar suara baby Danish merengek  2  3 kali. Akak bingkas bangun .Jenguk dalam buaian. Ya Allah!!! Mana anakku- tak de ni…   jantung berdegup ….. , rasanya nak letak kat luar jap…. Kencang sangat. Dengar lagi suara rengek baby Danish. Toleh kanan…. Allah hu akhbar… atas katil rupanyer…… baru akak ingat sebelum tu akak dah alih baby Danish ke katil selepas menyusu sebentar. katil tu sebelah buaian tu je. Itu la… berBW sampai lupa …….


baby Danish

harga tu belum menguntungkan......


Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 2013-03-01_17:35:53)

PG Sell
PG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gram
RM 1,709.00
RM 1,573.00
20 gram
RM 3,387.00
RM 3,184.00
50 gram
RM 8,429.00
RM 7,965.00
100 gram
RM 16,779.00
RM 15,940.00
250 gram
RM 41,750.00
RM 39,871.00
500 gram
RM 83,500.00
RM 79,742.00

1 Dinar
RM 691.00
RM 649.00
2 Dinar
RM 1,381.00
RM 1,298.00
5 Dinar
RM 3,438.00
RM 3,249.00
10 Dinar
RM 6,845.00
RM 6,503.00

Tai Fook Series 24K 
20 gram
RM 3,419.00
RM 3,145.00
50 gram
RM 8,547.00
RM 7,863.00
100 gram
RM 17,094.00
RM 15,727.00

i-Series 22K Jewellery
5 gram
RM 794.00
RM 715.00
10 gram
RM 1,589.00
RM 1,430.00
20 gram
RM 3,178.00
RM 2,860.00
50 gram
RM 7,945.00
RM 7,150.00
100 gram
RM 15,889.00
RM 14,300.00

D-Series 22K Jewellery
1 gram
RM 162.79
RM 138.37


 Setahun yang lalu , ramai kawan-kawan Kak Yana menyertai public gold. Katanya menguntungkan untuk masa depan anak-anak juga. Begitu begini akak tertarik lalu kumpul duit anak2 , suami n akak sendiri. Tak banyak pun, adala dalam RM14K gitu. tapi dalam tempoh  setahun emas i-series 22K  Jewellery 10 g harganya RM1950. tapi sekarang cuma RM1589. harga jual lagi rendah RM1430. Begitu juga Dinar, jauh beza dengan harga akak beli. Baru-baru ini TH memberi 8% bonus. Hubby agak terkedu. Tapi akak menenangkannya, pelaburan itu adalah untuk jangka masa yang panjang bukan untuk sekarang......

Thursday, 28 February 2013

Harganya RM165 000 je......tapi sekarang dah tak ada

assalamualaikum......


Inilah kawasan yang akan dibina loji pembentungan untuk projek Bandar Baru. Kawasan ni depan rumah Kak Yana. Luas juga tu kira-kira 30 ekar( tak pasti pulak ekar atau hektar). Kerja-kerja tu baru seminggu mula seminggu kebelakangan ini.

 
  

Dulu Kak Yana duk kawasan bandar. Rumah papan je. Rumah mak. Tahun 2008 berpindah kerana kawasan tu dibangunkan. Tak tau la kat mana lak kampung baru akak nanti. Kak Yana takkan dapat lagi rumah macam ni. Harga rumah ni masa tu RM165 000 termasuk tanah n pagar . siap. luas tanah 476meter persegi, luas rumah 28 x 43. Harga tu juga termasuk harga tanah yang perlu ditimbun.nak tinggi sikit. sekarang mana dapat harga macam tu lagi. Harga tanah seluas tu sekarang kira-kira RM70 ribu, dulu RM37 ribu je.

Sayu hati ini... akak sekeluarga sangat suka disini .Penduduk baik dan ramah.helpfull. Di sini juga nyaman dan damai sekali. Harap-harap lambat lagi .... leh duk sini lebih lama ....

alahai, siapa la yang sudi...................

assalamualaikum....

alahai, siapalah yang sudi tunjukkan camne nak buat atau nak klik....


  • muka depan yang menarik- pengenalan blog
  • tulisan yang pelbagai
  • bunyi muzik
  • paste gambar kat mana-mana suka
  • macam-macam lagi
Kak Yana sebenarnya kagum ngan kreativiti rakan blog ni...
sangat menarik...

penghayatan......menghayati.....

Assalamualaikum,

Dari pagi sampai ke petang, Kak Yana menjelajah rakan  dari satu blog ke satu blog. Jenuh juga. cuaca kurang baik. asyik loading je.

Camne pun akak sangat seronok menjelajah entry yang semuanya menarik. Menarik dengan gaya bahasa yang tersendiri. Rakan-rakan semua benar-benar hebat bermain dengan kata-kata ,meluahkan dan menggambarkan perasaan. Ada rakan blog bercerita kisah sedih, akak rasa sangat sedih seakan-akan mahu je akak gosok belakangnya supaya banyak bersabar seolah-olah dia ada depan kita. Ada kisah lucu, akak ketawa sorang-sorang. Ada cerita seronok bercuti terasa tak sempat-sempat nak gi juga. Ada juge kisah geram, memang geram sungguh, terhibur juga dengan  telatah anak-anak,ada juga yang mengkagumkan, buat kita perasan n feeling semacam je... Ada juga berbentuk ilmiah - macam penulis terkenal je...


Alhamdulillah bersyukur akak terbuka pintu hati nak berblog, banyak dapat ilmu. Akak juga nak belajar menulis seperti rakan semua yang mana berupaya membawa pembaca ke dalam cerita . power gitu.......

Wednesday, 27 February 2013

singgah jap....ada benda nak cakap

assalamualaikum....

wah , penat! baru je balik walking blog. tenet lak slow. loading memanjang je. cuaca kurang baik kot. tapi gambar banyak n besar-besar pulak tu.... Banyak la Kak Yana dapat ilmu pagi ni. Ada kisah untuk ibu-ibu,untuk remaja, ada keluhan hati, ada pengalaman travel, ada tip kesihatan,ada kisah makan, ada tip pasal nuffnang n macam-macam lagi....  semua menarik.

Banyak-banyak tu Kak Yana tertarik cite pasal tujuan berblog n adat berkawan. Ya la.... orang baru macam Kak Yana hanya terfikir nak cari follower seramai yang boleh. sebabnya nak berkongsi cite , berita, pengalaman, tip macam-macam hal. nak kenal surirumah, nak kenal cikgu-cukgu, pelajar-pelajar, doktor-doktor, misi-misi, polis-polis askar-askar dan semua kalau boleh. nak tahu gaya masing-masing menulis.Jika kita bersua dengan member, takkan dengar sorang je bercakap, mestilah nak ada respon. Ya tak????

Sebab tu la kita kena tinggal komen. paling tidak beri salam -assalamualaikum... pasti berjawab lah. yang tak jawab tu.. tandanya gelap hati!! cuba bayangkan kalu setiap hari100 orang yang beri salam.... maka sejahtera lah kita. kalau hanya singgah tanpa komen, ibarat kata macam kita pergi rumah member n terus balik, member tu tak tau pun yang kita sudi luangkan masa jengah dia. manalah nak erat sillaturahim???
sebab sillaturrahim lah... kita kena kunjung balas :d


kalau blog member kita kurang menarik tu.... follow jugalah... ada sesuatu yang dia nak beritahu. moga ada hidayah dari Allah buat kita semua. Sesungguhnya naluri, sumber inspirasi n ilham itu datang dariNYA. Kita harus bersyukur.

k, jumpa lagi....