Bila jemariku menari

Thursday, 28 February 2013

Harganya RM165 000 je......tapi sekarang dah tak ada

assalamualaikum......


Inilah kawasan yang akan dibina loji pembentungan untuk projek Bandar Baru. Kawasan ni depan rumah Kak Yana. Luas juga tu kira-kira 30 ekar( tak pasti pulak ekar atau hektar). Kerja-kerja tu baru seminggu mula seminggu kebelakangan ini.

 
  

Dulu Kak Yana duk kawasan bandar. Rumah papan je. Rumah mak. Tahun 2008 berpindah kerana kawasan tu dibangunkan. Tak tau la kat mana lak kampung baru akak nanti. Kak Yana takkan dapat lagi rumah macam ni. Harga rumah ni masa tu RM165 000 termasuk tanah n pagar . siap. luas tanah 476meter persegi, luas rumah 28 x 43. Harga tu juga termasuk harga tanah yang perlu ditimbun.nak tinggi sikit. sekarang mana dapat harga macam tu lagi. Harga tanah seluas tu sekarang kira-kira RM70 ribu, dulu RM37 ribu je.

Sayu hati ini... akak sekeluarga sangat suka disini .Penduduk baik dan ramah.helpfull. Di sini juga nyaman dan damai sekali. Harap-harap lambat lagi .... leh duk sini lebih lama ....

alahai, siapa la yang sudi...................

assalamualaikum....

alahai, siapalah yang sudi tunjukkan camne nak buat atau nak klik....


  • muka depan yang menarik- pengenalan blog
  • tulisan yang pelbagai
  • bunyi muzik
  • paste gambar kat mana-mana suka
  • macam-macam lagi
Kak Yana sebenarnya kagum ngan kreativiti rakan blog ni...
sangat menarik...

penghayatan......menghayati.....

Assalamualaikum,

Dari pagi sampai ke petang, Kak Yana menjelajah rakan  dari satu blog ke satu blog. Jenuh juga. cuaca kurang baik. asyik loading je.

Camne pun akak sangat seronok menjelajah entry yang semuanya menarik. Menarik dengan gaya bahasa yang tersendiri. Rakan-rakan semua benar-benar hebat bermain dengan kata-kata ,meluahkan dan menggambarkan perasaan. Ada rakan blog bercerita kisah sedih, akak rasa sangat sedih seakan-akan mahu je akak gosok belakangnya supaya banyak bersabar seolah-olah dia ada depan kita. Ada kisah lucu, akak ketawa sorang-sorang. Ada cerita seronok bercuti terasa tak sempat-sempat nak gi juga. Ada juge kisah geram, memang geram sungguh, terhibur juga dengan  telatah anak-anak,ada juga yang mengkagumkan, buat kita perasan n feeling semacam je... Ada juga berbentuk ilmiah - macam penulis terkenal je...


Alhamdulillah bersyukur akak terbuka pintu hati nak berblog, banyak dapat ilmu. Akak juga nak belajar menulis seperti rakan semua yang mana berupaya membawa pembaca ke dalam cerita . power gitu.......

Wednesday, 27 February 2013

singgah jap....ada benda nak cakap

assalamualaikum....

wah , penat! baru je balik walking blog. tenet lak slow. loading memanjang je. cuaca kurang baik kot. tapi gambar banyak n besar-besar pulak tu.... Banyak la Kak Yana dapat ilmu pagi ni. Ada kisah untuk ibu-ibu,untuk remaja, ada keluhan hati, ada pengalaman travel, ada tip kesihatan,ada kisah makan, ada tip pasal nuffnang n macam-macam lagi....  semua menarik.

Banyak-banyak tu Kak Yana tertarik cite pasal tujuan berblog n adat berkawan. Ya la.... orang baru macam Kak Yana hanya terfikir nak cari follower seramai yang boleh. sebabnya nak berkongsi cite , berita, pengalaman, tip macam-macam hal. nak kenal surirumah, nak kenal cikgu-cukgu, pelajar-pelajar, doktor-doktor, misi-misi, polis-polis askar-askar dan semua kalau boleh. nak tahu gaya masing-masing menulis.Jika kita bersua dengan member, takkan dengar sorang je bercakap, mestilah nak ada respon. Ya tak????

Sebab tu la kita kena tinggal komen. paling tidak beri salam -assalamualaikum... pasti berjawab lah. yang tak jawab tu.. tandanya gelap hati!! cuba bayangkan kalu setiap hari100 orang yang beri salam.... maka sejahtera lah kita. kalau hanya singgah tanpa komen, ibarat kata macam kita pergi rumah member n terus balik, member tu tak tau pun yang kita sudi luangkan masa jengah dia. manalah nak erat sillaturahim???
sebab sillaturrahim lah... kita kena kunjung balas :d


kalau blog member kita kurang menarik tu.... follow jugalah... ada sesuatu yang dia nak beritahu. moga ada hidayah dari Allah buat kita semua. Sesungguhnya naluri, sumber inspirasi n ilham itu datang dariNYA. Kita harus bersyukur.

k, jumpa lagi....


makan ayam berdarah??????



                                             


Baru je sudah dinner 4 beranak. Menu malam ni special- nasi ayam goreng n ayam goreng ala KFC.Tapi ayamnya ...... tengokla ni...
dah digoreng masih berdarah.Ayam tu tadi dah dikeluarkan 3 jam dari peti ais sebelum digoreng. Boleh ke kita makan ya....?

Tuesday, 26 February 2013

dah start dah.......






7.35 - pas je baca motivasi pagi nini, Kak Yana bingkas bangun. belajar nak  jadi orang sibuk. kejar masa. lari ngan kain sarung batik. kejar sana sini. untung-untung berjaya macam ben ashari atau boni kacak.  tapi slow je .masih dalam pantang 90 hari =D.

ha ha ha...

dah siap pun kuih kegemaran ....


jemput makan jemput-jemput ni  nini.... =D


kemudian lari lagi.....ke bilik tidur anak.  kejutkan anak-anak....mak ai bukan main susahnya nak kejutkan abang P ni....
semalam tidur lewat.... tengok ultraman..
                 
         

        

cam ni la aksi dia.. seru namanya bertalu talu ..... sekali pusing kanan, pusing kiri... angkat tangan kanan... angkat tangan kiri.... tak bangun juga... masa berlalu. tinggal berapa minit lagi , ayah dah nak gi kerja.... seru lagi.. abang p , bangunla.... dah lewat ni.....

laa..................
macam ni  pulak dah....



okay dah siap ngan bekalan jemput-jemputnya  nak gi umah pengasuh..
 
abang long...... mana lak ni....



ni dia.... dah bangun tadi... kat sofa pulak...pagi-pagi melalak minta ayah dukung...
tak leh biar anak-anak macam ni ...
mereka kena belajar disiplin. bab kanak-kanak ni kena tanya abd jamil fatah ni.....

k...... Danish lak melalak.

rakan blog, help me......... please?

   6.35 petang - baru je selesai menonton BCL yang rasanya jadi sinetron kesukaan ramai.Kak Yana tak pernah miss mengikuti sinetron indon ni... tapi ramai gak yang cakap cerita bodoh. Kak Yana tak peduli... ikuti juga sampai tak benarkan sapa2 pun tegur akak sepanjang sinetron itu abis...
                                                       
gambar: sumber google


  ni la nak minta tolong rakan blog.....
dah lama perkara ini menghantui fikiran Kak Yana.
Akak ni tertanya- tanya begitukah budaya hidup mereka....???
bebas masuk bilik tak kira bilik siapa.. lelaki atau perempuan atau bilik ibu bapa atau bilik yang tak ada hubungan dengan kita. suka-suka je nak tidur sebilik tanpa ikatan. macam tu ke??? Kalau kita, sejak kecik lagi kita di didik batasan antara boy and girl. masuk bilik kena hormat, minta izin atau ketuk dulu.Kalu nak kata lakonan je , bukan ke sesuatu cerita itu juga memaparkan budaya hidup sesuatu tempat atau masyarakat...

  apa kata rakan blog??? tolong le uraikan yang kusut dalam kepala ni. senang nak jawab kepada budak-budak kecik yang turut ternganga menonton......

Monday, 25 February 2013

bloglist mac&april 2013



jom...
sama-sama join.
nak join klik banner ya.

english for along 3

okay along...
Today  kita belajar [ we are going to learn]   present tense sentence..

Present tense sentence is used dalam beberapa keadaan.
present tense sentence melibatkan PLURAL and SINGULAR

PLURAL - lebih daripada satu [more than one ]
SINGULAR - hanya satu or tunggal

 SINGULAR or PLURAL nouns

lihat di bawah...

PLURAL PRONOUNS - I , YOU, THEY, WE
SINGULAR PRONOUNS - SHE , HE, MY MOTHER,

tambah huruf 's' to the verb bila SINGULAR PRONOUNS  are used

example;

go           - goes
work       - works
buy         - buys

sesuatu perlakuan atau perbuatan yang berlaku sehingga sekarang secara berterusan....

example:

1. I go to school by car.
   dua perkara yang perlu di beri perhatian iaitu PRONOUN dan VERB
    the verb in the sentence is 'go'. don't write  'goes' sebab [because]  (  I  ) in the sentence  is
    PLURAL PRONOUNS
     LIHAT SEMULA NOTE DI ATAS

    maksud - saya ke sekolah menaiki kereta.
                  setiap hari sehingga hari ini saya ke sekolah naik kereta. jadi ini present tense sentence


2. My mother often scolds me.
    the verb is 'scolds' . don't write 'scold' because   MY MOTHER in the sentence is SINGULAR
    PRONOUN.
   
    maksud - Emak saya selalu marahkan saya.
               

3.She writes with her left hand.
   the  verb is ' writes'. dont write 'write' because  SHE  in the sentence is SINGULAR PRONOUN

   maksud - dia menulis dengan tangan kiri.
                 dia sememangnya menggunakan tangan kiri sehingga hari ini. jadi ini present tense sentence.


EXERCISE

choose the correct answer.

1. my father  smoke/smokes cigarettes
    cigarettes - rokok

2. Mei ling go/goes to school early.
    early - awal

3. They eat/eats their dinner at six o'clock.
    dinner - makan malam

4. We drink/drinks coffee in the morning
    drink - minum


* tak tau jawab , sila lah tengok nota semula
   baca sekali memang la sukar faham
   kena baca banyak kali...
   tasbih dalam solat pun kena baca 3x.
   kalu ada kesilapan atau kekeliruan sila tegur atau tanya


k........ jumpa lagi
 






















goncang otak bayi......

hu..hu...hu... sakitnya pinggang ni...
dari petang semalam Danish asyik buat hal je.
tak nak duk diam... merengek memanjang...
check pampers - ok. perut kembung? - tak juga.  lapar?- dah menyusu, dah sendawa pun.
demam ke? - check suhu - 36.6 okay je
tapi merengek juga.....
sudahnya Kak Yana n ayahnya la bergilir pangku.bawa berjalan. mundar-mandir dalam rumah.
 rupanya nak selesa.

bila nak tidur... meragam pulak.....
sehingga jam 3 pagi ..
jawabnya terpaksalah begini.....




Kak Yana guna buaian elektrik... berayun berterusan...
Mengikut amalan kesihatan tak bagus begini. Ayunan yang berterusan boleh menyebabkan otak bayi bergegar.



tengokla Danish ni...
terus je diam dan terlena sampai la saat ini.....
Sebelum ni Danish duk dalam buaian 2 jam paling lama. ayunan buaian nak kena jaga. slow je.

Kak Yana pernah tengok di taska, ada ayunan buai bayi kadang-kadang agak kuat - tak sesuai untuk bayi. So Kak Yana fikir eloklah parents take care sikit.jenguk-jenguklah  anak kat dalam tu macam mana. tak salah kan.....

toys buat anak kita bijak......






Adakalanya Kak Yana bersembang ngan adik-beradik ipar duai dan kawan-kawan tentang mainan anak-anak. ada yang tak suka beli toys sebab cepat rosak.Ari ni beli, jap lagi dah rosak. Mereka cakap membazir duit je...
Kak Yana pun fikir gitu juga. Tapi bila anak-anak tengah membesar ni....
barulah sedar banyak peranan toys terhadap kanak-kanak.


 Antara peranan toys mengikut pengalaman Kak Yana sewaktu mula menyedarinya.....

1. membuat anak-anak asyik bermain berjam-jam dan Kak Yana boleh menyiapkan kerja tanpa  
    diganggu.

                                          

2. Ayahnya juga leh berehat daripada melayani kerenah anak-anak.

3. Sebagai umpan belajar dan mencapai target
    Kak Yana pernah berkata " Kalau abang long tamat iqra 4, ma akan beli robot yang abang long nak."  
    'Kalau abang long pandai baca buku cerita, ma belikan robot lain lak"
     sekarang abang long dah baca iqra 5 dan leh baca buku cerita...
                                                              

4. Merangsang minda anak menjadi kreatif...

                                        

5. Bahan belajar yang menjadi tarikan tanpa anak-anak menyedari mereka sedang mempelajari sesuatu
    pegang patung ultraman tanya anak " ultraman ada leg tak? mana head ultraman? ada hair tak?-
    belajar  part of body. macam-macam leh belajar.
    Abang long n Abang P ni tak suka belajar. buku pun tak mau tengok.so toys la jadi umpan n bahan
     belajar. Abang long tak nak gi tadika, nak  belajar kat umah je. nangis-nangis n jerit-jerit tak nak gi
     tadika bila dipujuk nak hantar tadika.

6. Jimat duit. tak yah out setiap minggu ...layan anak-anak main di rumah dengan toys mereka.

english for along 2........



                                                      
rearrange( susun semula) the words to form sentences



 ingat !!!  1 - after the words "to"  don't add  "s"  to the verb.
                2 - mesti tahu apa perkataan "verb" dalam ayat.

contoh (example);

    Terengganu  here visit she is to
    - verb dalam ayat (sentence) ialah visit (melawat)
    - secara langsung kita tahu:  to visit 
    - sentence yang betul: She is here to visit Terengganu.

Excercise:

.
1.   carry  people  and  things  a  thrishaw  to is used
      carry - bawa
      used - digunakan
      things - barang/benda



2. how  to English she speak learns
    learns - belajar
    speak - bercakap




3.   to  hangs  she the clothes dry
       hangs - gantung/sidai
       dry     - kering
   

k... along,
cuba jawab di fb malam ni.....
kalu ada yang berminat leh join.....

jumpa lagi.....









                                                           




Sunday, 24 February 2013

english for along.....

buat along......,
along mesti belajar english tiap-tiap hari.
belajar sikit-sikit.
follow k...........



ari ni kita belajar  perkataan "to" dan "verb"

verb  - kata kerja

contoh:

eat  -  makan
play  - main
buy   - beli

apabila kita nak guna "verb" selepas "to", jangan tambah huruf "s" atau "ed" atau "ing" pada verb.

contoh ayat

1. I like to eat ice- cream.
    selepas perkataan "to" jangan tulis eats  atau eating

2. She likes to play hockey.
    selepas (after) perkataan "to" jangan tulis plays atau played atau playing.

3. They like to watch movie.
     after perkataan (word) "to" jangan tulis watches atau (or)  watched atau watching

4. My mother likes to collect seashell.
    after the word "to" jangan  tulis collects or collected or collecting.
    jangan tulis (don't write)

5. Alif likes to read magazines.
    after the word "to" don't write reads or reading

k...
along mesti baca 5 kali...
perkataan dalam kurungan tu adalah terjemahan dalam english.
bila dah banyak terjemahan, nota in english lah.
tak faham leh chat kat facebook.
lepas ni buat latihan lak.
ayah n ibu along pun eloklah ikut sama..
after that , ajaklah kawan -kawan juga..

dah nak jadi rezeki anak.......

Empat tahun dulu.....
Sewaktu dalam pantang cahayamata sulung.....
Berkata kepada suami " Abang tanamla pokok  rambutan ke ciku ke...
empat tahun nanti, berbuah lah...
untung leh anak makan.......



Hari ini.........

   
ni la nak habaq.......
"Abang long.... ,
nilah pokok rambutan, ayah tanam untuk kamu
empat tahun dulu!
Maka tenung la si sulung akan pokok itu...

ha!ha!ha! jangankan buah, batang pun nak naik tak nak naik je...



Ini pokok buah ceri kegemaran abang long.Tahun lepas abang long
minta ayah tanam. tu la dia....

Saturday, 23 February 2013

Apabila Si Belit masuk kampung........

 
   
Gambar di sekeliling rumah Kak Yana


Bila kawasan ini dibangunkan nanti, penghuni-penghuni yang lena mendiami ceruk rantai ini akan terjagalah...
Mereka juga akan keluar dari kampung halaman macam penduduk-penduduk kampung yang terpaksa keluar dek pembangunan.

Sesekali adalah juga si Belit, Si Rangkak. Sang Kadok , Pak Belalang yang sesat  melintas di halaman rumah nak ke kampung jiran mereka belakang rumah.

Tapi.........
Bila dah keluar anak-beranak......
Macam manelah gamaknyer......
Eeeeee.....................

menghabiskan sisa-sisa detik waktu






      
Damainyer......................... di sini.
hijau saujana mata memandang...
segarnyer..............
nyamannyer....



Tak taula bila nak mula pembangunan di sini. Tapi yang pastinya PASTI!!!
Tunggu masa je.....
Rumah ni.... pasti dirobohkan....
Kak Yana berharap biarlah anak-anak sempat membesar di sini.
Tempat  jatuh bangun mereka.
alahai...
seribu kali sayang.....

Thursday, 21 February 2013

khasiat jus delima


khasiat Jus Delima
  
Gambar: sumber google


Jus delima ni memang berkhasiat.Kak Yana amalkan minum 2 kali sehari .mula minum tahun lepas.
waktu tu Kak  Yana alahan pregnant 2 bulan. Satu hari Kak Yana terpandang member yg sama pregnant pegang sebotol jus delima. Di rumah Kak Yana search google. Taip je: Khasiat Jus Delima.

Rupanya terlalu banyak khasiat. Terus je minta suami belikan .3 hari minum dah rasa perubahan. Sakit pinggang berkurangan, boleh duduk buat kerja lebih lama.Batuk yang dah 3 minggu pun hilang. Walaupun pregnant tapi terasa berat badan terkawal. lemak-lemak di paha ,perut dan lengan semakin hilang.berat  belum pregnant  63 kg . sehingga36 minggu kehamilan 64 kg. 40 minggu kehamilan 67 kg. Kak Yana tak bik apa-apa vitamin lain. Kalu misi tanya makan vitamin tak?.jawab "ya" je.

Hari-hari seterusnya semakin sihat. Sekarang dalam pantang. masih lagi minum.Berat pada hari ke 40 pantang 57kg. Peranakan cepat kecut. rasa perut kemas je nak berjalan. baby sihat. tak ada demam kuning. kulit cantik , gebu.


Muhammad Faiq Danish  berusia 2 hari













Muhammad Faiq Danish - 40 hari



ni... jus delima yang Kak Yana minum. RM25 je sebotol. 1 liter. Kalu kawan-kawan mau RM26 sebotol. he..he..he.. upah beli RM1. adakalanya tak berduit beli yang pati gulsan je. RM14 sebotol.

Untuk kawan yang malas search google, Kak Yana taiplah sikit antara khasiat jus delima. Kalau nak keterangan lanjut, eloklah search google.


menstabilkan paras kolestrol
delima mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
melawan penyakit jantung
merangsang tenaga batin
menguatkan sistem pertahanan badan
mengurangkan risiko penyakit kencing manis
menghalang kemasukan virus hiv-1 dan microbicide
mengelakkan kanser kelenjar prostate
delima melawan kanser payudara
merendahkan tekanan darah
menguatkan kesihatan gigi
mencegah daripada penyakit alzheimer (nyanyuk)
mengurangkan batuk dan asma
mengandungi kepelbagaian vitamin
delima amat disyorkan diambil oleh ibu-ibu hamil
melindungi otak bayi
melawan penyakit gout
mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
merawat 'sinus'
meningkatkan tenaga
menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan               badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
menormalkan fungsi hati
menstabilkan peredaran darah
merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
mencuci darah kotor






k..... jumpa lagi

Wednesday, 20 February 2013

assalamualaikum.....
aaaaaa tengok gambar ni.....

ni rumah akak... tepi baruh.diami rumah ni ogos 2008.










ni yang sebak ni....
jentera di luar tu sedang angkut tiang pagar.
projek pembetungan.
khabarnya kawasan ni nak bina bandar baru.
sebenarnya ini kampung ke 2 akak.
kampung pertama dulu dah dibangunkan.
Kat mana la pulak kampung ke 3
hu...hu...hu...

kasihan lak anak-anak...
tinggal kenangan je....
assalamualaikum........
hai semua,
Ni  Kak Yana.  Baru je nak kecimpung dalam dunia blog ni.
Sebabnya akak nak search n share something.
Akak suka macam-macam artikel like kempen, aktiviti, dokumentari ,resepi, n apa-apa la.
Lagi seronok kalu ada gambar-gambar.cantik.menarik.
ok...... jumpe lagi

      r
gambar:sumber google