Bila jemariku menari

Tuesday, 5 March 2013

saya minta maaf....


Assamualaikum ……
Danish dah masuk 54 hari.. Kak Yana pun dah sihat dan semakin bertenaga. Melalui hari-hari berpantang, Kak Yana sempat lah berblogging dengan kawan-kawan semua. Sekadar nak kenal alam blogging ni. Tapi Alhamdulillah dapat ramai kawan dan terhibur juga dengan komen kawan-kawan seolah berbual-bual.
Bagaimanapun keadaan tidak mengizinkan. Rasanya tak sempat nak berentry n BW. Banyak kerja nak di qada. Kak Yana nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Minta maaf kiranya ada keterlanjuran kata dan komen yang tidak boleh diterima. Yalah rambut sama hitam, hati lain-lain. Kadang-kadang kita rasa boleh tapi pada orang tak boleh terima. Kes gitu Kak Yana minta maaf banyak-banyak , dengan jujurnyer bukan niat di hati menyentuh perasaan kawan. Adakalanyer salah faham.. entry bermaksud lain, Kak yana komen lain. Sekali lagi minta maaf. Itu pun dah berjaga-jaga nak berkata-kata. Banyak juga baca entry adat berkawan. Tapi ada juga keterlanjuran, disitulah Kak Yana belajar dari kesilapan. Minta maaf, kawan-kawan.
Terimakasih yang memahami dan melayani entry Kak Yana. Semoga Allah membuka pintu hati kita semua ke arah kebaikan. Dan semoga Allah ampuni dosa-dosa kita .Amin.

Monday, 4 March 2013

This is Our Story: Resepi : Ayam @ Daging BBQ Grill

This is Our Story: Resepi : Ayam @ Daging BBQ Grill
seronoknyer....

Ini rahsianyer.......sebarkan........


Wow…comelnya..
Geramnya….
Munggilnya….
Pintarnyer…
Lasaknyer….
Apa –apa lah….

   
 
Inilah rahsianyer..


JUS DELIMA!!!!!
Kak Yana amalkan sebelum mengandung sehingga kini.
Alhamdulillah banyak perubahan pada kak yana seperti yang dinyatakan dalam khasiat
Jus Delima. Babypun… Alhamdulillah, seperti  gambar yang terpapar itu lah..
Jus Delima ini diminum sebanyak setengah cawan .2x sehari. 1 @ 2 jam sebelum sarapan n sebelum makan malam. Boleh juga 2 jam selepas sarapan atau makan malam.
Gitu ler….
Murah je… RM25 1 liter.

Khasiat delima untuk ibu  dan ibu mengandung

Melindungi otak bayi
Membekal asid folid
Mengelak janin daripada kecacatan
Kulit baby cerah, gebu n cantik
Merapatkan peranakan

K….seterusnyer search google: KHASIAT JUS DELIMA.


Sunday, 3 March 2013

volume semakin tinggi..........


Pagi ni BW lagi. Danish baring atas toto. Baki cuti masih ada 27 hari lagi.
Dalam pantang 90 hari ni..hubby yang jaga.Semua kerja hubby buat. Dah kontrak perjanjian gitu… he he he.

Pagi ni dapat ilmu macam-macam. Terhibur gak dengan komen 
kawan-kawan .Alhamdulillah ada hikmahnya terperap kat rumah.
 Seronok macam hari tu juga. Sekali toleh toto Danish… Mak aiii dah gitu pulak.

  

Kalu gitu…Lepas ni tak ada masa lagi nak berBW n kongsi cite…Dia tak duk diam . Awalnya dia nak meniarap.. baru 53 hari. Abang-abang dia dulu umur 3 bulan baru leh meniarap….. ini bila besar sikit lagi lebih hero daripada hero-hero tu… besar sikit lagi, macam-macam ragam la hero-hero ni. Maknanyer  tambah tinggi la volume mama die….
 
 Tinggal Danish jap.nak p bilik air.
Dia akan beraksi dengan 2 hero tak lama lagi...

Saturday, 2 March 2013

korang dengar radio tak....


Masa Kak Yana kecik-kecik dulu, selalu dengar radio. Masa tu banyak segmen yang Kak Yana suka. Ada
Drama(dialog je la), tuju lagu. Carta lagu minggu ini n banyak lagi. Tapi sejak mula kenal internet, Kak Yana tak lagi dengar radio. Dengar siaran radio cuma dalam keta je. Dah bertahun tak guna radio.Kalu nak tahu berita tonton tv je. Time berita ngadap tv.Kalu tak sempat search google tapi sekarang BW. Kak Yana pegi umah ipar duai n member2  pun tak dengar juga suara radio.Radio pun akak tak nampak. Tak tanya la pulak.


 
Radio ni akak beli di Jusco Taman U,skudai JB  pada tahun 2007. Dah berhabuk.sayang lak.  Pas ni nak bersihkan n simpan elok2. Kot kot terbuka pintu hati nak dengar radio esok-esok....

katakan sesuatu......


    












Satu pagi …
Dengan senyuman En Abd. Rahman ,seorang pensyarah Bahasa membawa sekuntum bunga. Ditunjuknya bunga itu kepada studentnya..
Hah kamu… katakan sesuatu apa yang kamu  nampak ni… bulat mata masing-masing nak cakap apa?nak cakap kut sudut mana…
Gitu le salah satu tip untuk mengarang n keluarkan idea..


Hah…kawan-kawan !!!
tengok gambar di atas tu , katakan sesuatu…..

(T.A n Wirda  tulis kut jawa. T.A bagi markah kat Wirda.
Markah T.A saya kasi. Tengok le cam ne..he he)

cuba teka

Satu waktu dulu kazen datang rumah. Lama tak jumpa. 
Lama gak bersembang..
bila dah nak balik, kazen tu tinggal satu teka-teki. 
Berhari-hari tak leh jawab.
cuba rakan blog jawab.





ada sekor binatang
rupanya serupa kucing
cuma badannya kecil sikit
daripada kucing betina..




Friday, 1 March 2013

dicungkilnyer mata...dikoreknyer lubang hidung...


hei…hei..hei..
Tengok hero-hero tu. Ketika berkunjung di Pesta Buku yang berlangsung
di TTC semalam. Nampak je Upin Ipin, terus je mereka meluru
 lalu dikerjakan Upin n Ipin..
Dicungkilnye mata… dikoreknya lubang hidung..ditumbuknyer perut kawan tu. …
Tapi… Upin Ipin tetap tegap berdiri.. Tercengang hero-hero tu…
Dengan selamba tinggalkan tempat tu…
 


hai, kawan-kawan,
camne nak betulkan gambar ni..
he he he.....

buai tu...dekat katil tu.......

Satu ketika dua hari yang lalu…
Akak masukkan baby Danish dalam buaian supaya lenanya tu memanjang.
Senanglah akak berBW .seronok berBW,tiba-tiba terdengar suara baby Danish merengek  2  3 kali. Akak bingkas bangun .Jenguk dalam buaian. Ya Allah!!! Mana anakku- tak de ni…   jantung berdegup ….. , rasanya nak letak kat luar jap…. Kencang sangat. Dengar lagi suara rengek baby Danish. Toleh kanan…. Allah hu akhbar… atas katil rupanyer…… baru akak ingat sebelum tu akak dah alih baby Danish ke katil selepas menyusu sebentar. katil tu sebelah buaian tu je. Itu la… berBW sampai lupa …….


baby Danish

harga tu belum menguntungkan......


Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 2013-03-01_17:35:53)

PG Sell
PG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gram
RM 1,709.00
RM 1,573.00
20 gram
RM 3,387.00
RM 3,184.00
50 gram
RM 8,429.00
RM 7,965.00
100 gram
RM 16,779.00
RM 15,940.00
250 gram
RM 41,750.00
RM 39,871.00
500 gram
RM 83,500.00
RM 79,742.00

1 Dinar
RM 691.00
RM 649.00
2 Dinar
RM 1,381.00
RM 1,298.00
5 Dinar
RM 3,438.00
RM 3,249.00
10 Dinar
RM 6,845.00
RM 6,503.00

Tai Fook Series 24K 
20 gram
RM 3,419.00
RM 3,145.00
50 gram
RM 8,547.00
RM 7,863.00
100 gram
RM 17,094.00
RM 15,727.00

i-Series 22K Jewellery
5 gram
RM 794.00
RM 715.00
10 gram
RM 1,589.00
RM 1,430.00
20 gram
RM 3,178.00
RM 2,860.00
50 gram
RM 7,945.00
RM 7,150.00
100 gram
RM 15,889.00
RM 14,300.00

D-Series 22K Jewellery
1 gram
RM 162.79
RM 138.37


 Setahun yang lalu , ramai kawan-kawan Kak Yana menyertai public gold. Katanya menguntungkan untuk masa depan anak-anak juga. Begitu begini akak tertarik lalu kumpul duit anak2 , suami n akak sendiri. Tak banyak pun, adala dalam RM14K gitu. tapi dalam tempoh  setahun emas i-series 22K  Jewellery 10 g harganya RM1950. tapi sekarang cuma RM1589. harga jual lagi rendah RM1430. Begitu juga Dinar, jauh beza dengan harga akak beli. Baru-baru ini TH memberi 8% bonus. Hubby agak terkedu. Tapi akak menenangkannya, pelaburan itu adalah untuk jangka masa yang panjang bukan untuk sekarang......